Cintailah Bahasa Kebangsaan

Yo… Apa di atas sahabat handaiku di luar sana? Sempena bulan kemerdekaan yang mulia ini, biarlah aku menulis dalam bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu untuk sepanjang bulan ini. Muahahahaha! Hari ini tiada entri nukilan topik tertentu, cuma cakap-cakap kosong untuk menghilangkan kebosanan. Sudah sekian lama aku tidak menggunakan bahasa melayu dalam perbualan atau penulisan, ditinggalkan selepas SPM 1999 rasanya sudah berkarat 😀 Tiada peluang untuk menggunakannya. Di tempat kerja, semua urusan menggunakan Bahasa Inggeris, baik untuk perbualan ataupun penulisan. Bahasa Melayu cuma digunakan bila berurusan dengan jabatan kerajaan. Inilah masanya aku mengasah kembali Bahasa Melayu yang hebat menurut Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tersalah memberikan A1 untuk subjek Bahasa Melayu SPMku. (Ceh ceh.. menunjuk-nunjuk sedikit :p)

Hari Sabtu yang lepas, aku bertemu Cibol di Midvalley Megamall. Sudah lama tidak bertemu menanyakan khabar, kami berdua melepaskan rindu kebosanan dengan membuang masa melepak, meluaskan horizon mengamati gadis gadis ayu… (bunyi macam novel cinta meleleh A. Akashah muahahahaha) Sam, sahabatku yang telah lama menghilang juga muncul. Selepas PMR 1997, Sam bertukar sekolah dan sejak itu jarang nampak kelibatnya. Tidak banyak perubahan yang aku lihat, cuma dia sudah tidak memakai kaca mata, pakai lekap sekarang.

Hehe, sebenarnya hari ini aku curi tulang.. tak pergi kerja. (Harap bos tak baca belog aku ni) Bangun pagi tadi, terasa malas nak pergi kerja, aku pun menelefon tempat kerja memberitahu yang aku ambil cuti hari ni. Engkau orang (Ish.. menulis dalam bahasa melayu formal ini susah betul, panjang menjela-jela.. Biarlah aku tibai jer asalkan boleh difahami :P) Korang tak pernah ke bangun pagi, tetiba rasa malas, kepala otak mula memikirkan alasan-alasan yang canggih untuk bagitau supaya tak yah gi kerja? Tipulah kalau tak pernah dan inilah yang aku buat pagi ni 😀 Tapi aku tidal memberi sebarang alasan, cuma beritahu aku ambil cuti, jadi aku tidak menipu.. aku orang baik, alim kah kah kah! (Orang baik tak kan bagitau dia baik lah.. tapi aku memang baik) Ingat petang nanti aku nak ke Pejabat Pos untuk memperbaharui cukai jalan motosikal. Dah lebih tempoh 2 minggu.

Nanti lah aku sambung menulis balik.. mandi kejap..

Advertisements

~ by bongkersz on August 7, 2006.

6 Responses to “Cintailah Bahasa Kebangsaan”

  1. ur BM rawks! Yah, memang benar. Kekadang, lepas bangun waktu pagi, terasa nak tidur balik dan ber-off. Pernah buat sekali, sms colleague bagi tau i demam. Tapi ok lah, sabab i part time engineer saja, boleh ganti balik. Kerja pada hari yg tak payah kerja, ganti balik.

    Ah, sorry for the terribly broken BeeM.

  2. ya, mari kita bercakap BeeM untuk bulan Ogos ini. Hurray Hurray! Patriotik gila ni!

  3. Ha ha ha .. bertuah nya. Aku pun selalu buat macam tu. Kekadang la. Tak la selalu sangat. Nanti kantoi mampos aku.

  4. mesti terer (baca: hebat) baru boleh buat macam itu.. (baku habis bahasa)

  5. Aku sudah lama melayangkan pendangan ke arah kiriman ini, tetapi aku tidak tahu apa yang hendak diluahkan. hari ini, walaupun bukanlah bulan Ogos yang tak berapa mulia, tetapi memandangkan televisyen di rangkaian tiga (TV3) sudah menyoal rakyat jelata tentang erti kemerdekaan sejak awal bulan pertama, aku pun mula dipenuhi dengan semangat patriotik. Bong, sungguh mengkagumkan kiriman ini. Tak kusangka bahasa kebangsaanmu sangat hebat walaupun ada sadis sedikit dalam konteks Kamus Dewan edaran DBP.Marilah kita sama-sama berusaha memajukan bahasa kebangsaan biarpun sampai terlupa bahasa sendiri..(aku hendak muntah…bagaikan terlampau jiwang nadanya..)

  6. bulan ogos datang lagi! marilah kita berbicara tahi (crap) dalam bahasa malaysia! (tahun lepas masih bahasa melayu, sekarang sudah tukar?)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: